Search This Blog


ورد سلفس صلاة

WIRID SELEPAS SOLAT

1- دعاء كتيكا سافو كفالا دان موكا

اللهم أذهب عني الهم والحزن

Tuhan, hilangkanlah dari diriku kesusahan dan dukacita.

2- اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.

Wahai Tuhan, tolonglah daku supaya dapat mengingatiMu, bersyukur di atas nikmatMu, dan dapat memperelokkan ibadat kepadaMu.

3- رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء.

Wahai Tuhan, jadikanlah daku dan zuriat keturunanku sebagai orang-orang yang mengerjakan solah. Tuhan, terimalah doaku ini.

4- آمنت بالله توكلت على الحي الذي لا يموت.

Aku beriman kepada Allah, aku bertawakkal kepada Tuhan yang Maha Hidup yang sekali-kali tidak mati.

5- وقل الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا، ولم يكن له شريك في الملك ، ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيرا.

Katakanlah wahai Muhammad : segala puji bagi Allah yang tidak beranak, tidak ada sekutu dalam kerajaanNya, dan tidak ada bagiNya pengawal daripada kehinaan, dan agungkanlah Dia (Allah) wahai Muhammad dengan sebenar-benarnya.

6- أستغفرالله الذى لا الـه الا هو الحى القيوم واتوب اليه - 3 كالي.

Aku memohon kepadaMu keampunan dosa, Tuhan yang tiada di sembah melainkan Dia Yang Maha Hidup dan sentiasa memerintah ala mini dan aku bertaubat kepadaNya.

7- لا الـه الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد ، يحيى ويميت ، وهو على كل شئ قدير - 3 - 10 كالي.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada syirik bagiNya, bagiNyalah kerajaan dan kepujian, Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Amat Berkuasa di atas setiap sesuatu.

8- اللهم إنى أسألك الجنة ، اللهم أجرنى من النار. (3 كالي)

اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام. فحينا ربنا بالسلام وأدخلنا الجنة دار السلام، تباركت ربنا وتعاليت يا ذالجلال والإكرام .

Tuhan, Aku pohon syurga, jauhilah neraka. Wahai Tuhan, Kaulah Tuhan Yang Bernama Salam, daripada Mu dating kesejahteraan. Oleh itu Wahai Tuhan, hidupkanlah Kami dalam kesejahteraan, dan masukanlah kami ke dalam syurga, tempat tinggal yang sejahtera. Maha Berkat Kau dan Maha Suci, Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.

9- ممباجا سورة الفاتحة - سكالي .

10- الله لا إلــه إلا الله هو الحى القيوم ، لا تأخذه سنة ولا نوم ، له ما فى السموات وما فى الأرض ، من ذا الذى يشفع عنده إلا بإذنه ، يعلم ما بين أيديهم وما خلفهم ولا يحيطون بشىء من علمه إلا بما شاء. وسع كرسيه السموات والأرض ولا يؤوده حفظهما، وهو العلى العظيم.

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Kekal memerintah. Dia tidak dipengaruhi mengantuk dan tidur. MilikNyalah apa yang di langit dan di bumi. Tiada siapa yang boleh memberi pertolongan melainkan dengan keizinanNya. Dia Mengetahui sesuatu yang ada di hadapan manusia dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendaki Allah memberitahunya. Luasnya Kursi (ilmu dan kekuasaan) meliputi langit dan bumi dan tiada menjadi keberatan kepada Allah untuk menjaga kedua-duanya, dan Dialah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

11- ءامن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل ءامن بالله وملائكته وكتبه ورسله ، لا نفرق بين أحد من رسله ، وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير.

Rasulullah beriman kepada al-Quran, dan juga orang-orang yang beriman. Semua mereka beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. Mereka berkata : Kami tidak membeza-bezakan antara seorang Rasul dengan yang lain dari Rasul-RasulNya, dan mereka berkata lagi : Kami dengar dan Kami patuh. (kami memohon) Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, kepadaMu jualah tempat kembali.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها، لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ، ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ، ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا، ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به، واعف عنا واغفرلنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya. Ia mendapat pahala dari apa yang di usahakan, dan dia juga menanggung dosa dari perbuatan jahatnya. (mereka berdoa) Tuhan, janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami terlupa atau tersalah, Wahai Tuhan, janganlah Kau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan ke atas orang-orang yang terdahulu, Wahai Tuhan kami, janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, kasihanilah kami, Kaulah penolong kami kerana itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

(al-Baqarah : 285 – 286)

12- شهد الله أنه لا إلـه إلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط ، لا إلـه إلا هو العزيز الحكيم ، إن الدين عند الله الإسلام.

Allah menerangkan kepada makhluq dengan dalil-dalil yang jelas bahawa : Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang beriman yang mengakui dan menegaskan yang demikian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam

(Aali ‘Imran : 17 - 18)

13- قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تشاء، وتنزع الملك ممن تشاء ، وتعز من تشاء وتذل من تشاء ، بيدك الخير إنك على كل شىء قدير. تولج الليل فى النهار وتولج النهار فى الليل ، وتخرج الحى من الميت وتخرج الميت من الحى ، وترزق من تشاء بغير حساب.

Katakanlah wahai Muhammad, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Kaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa yang Kau kehendaki, Kaulah yang menarik kuasa pemerintahan dari siapa yang Kau kehendaki, Kau juga memuliakan siapa yang Kau kehendaki, Kaulah yang menghinakan siapa yang Kau kehendaki kerana dalam kekuasaan Kaulah adanya kebaikan. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas sesuatu. Kaulah juga yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Kau juga yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Kaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang mati, dan Kaulah yang mengeluarkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup. Kau juga yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Kau kehendaki dengan tiada terhitung.

14- لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤف رحيم، فإن تولوا فقل حسبى الله لا إلـه إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri ( Nabi Muhammad ) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan yang di tanggung kamu yang sangat lobakan kebaikan bagi kamu dan Ia pula menumpahkan perasaan belas ihsan / kasih saying kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika sekiranya mereka engkar, maka katakanlah wahai Muhammad : cukuplah Allah sebagai pelindung, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNyalah aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung.

15- بسم الله الرحمـن الرحيم

قل هو الله أحد - هيغكا أخير

بسم الله الرحمـن الرحيم

قل أعوذ برب الفلق - هيغكا أخير

بسم الله الرحمـن الرحيم

قل أعوذ برب الناس - هيغكا أخير

16- ممباجا تسبيح (سبحان الله) 33 كالي

Maha Suci Allah Taala

ممباجا تحميد (الحمد لله) 33 كالي

Segala Puji bagi Allah Taala

ممباجا تكبير (الله أكبر) 33 كالي

Allah Taala Maha Besar

لا إلـه إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد ، يحيى ويميت وهو على كل شيء قدير.

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, Tiada sekutu bagiNya, bagiNyalah kerajaan dan bagiNyalah kepujian, Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Amat Berkuasa di atas setiap sesuatu.

17- اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطى لما منعت ، ولا راد لما قضيت ولا ينفع ذالجد منك الجد.

Wahai Tuhan, tiada sebarang halangan terhadap pemberianMu, tiada pemberian terhadap halanganMu, tiada sebarang penolakan terhadap ketetapanMu, dan tiada siapa pun yang boleh member sebarang kebaikan / faedah walaupun bersungguh-sungguh

18- اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبى الأمى وعلى آله وصحبه أجمعين، كلما ذكرك الذاكرون وغفل عن ذكرك الغافلون وسلم، ورضى الله تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب سيدنا رسول الله أجمعين، وحسبنا الله ونعم الوكيل، لا حول ولا قوة إلا بالله - أستغفر الله العظيم - 3 كالي.

Tuhan, cucurilah rahmatMu ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad, selaku seorang hambaMu dan utusanMu iaitu nabi yang tidak tahu membaca dan menulis, juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda kalian. Setiap masa ada makhluqMu yang mengingatiMu dan ada yang melupaiMu dan selamat sejahteralah mereka, dan semoga Allah redha para sahabat Rasulullah sekalian. Cukuplah Allah sebagai penjaga kami dan Dialah sebaik-baik Pemelihara.

19- أفضل الذكر لا إلـه إلا الله (أتو) قد أفلح من قال لا إلـه إلا الله.

Zikir terbaik ialah (tiada Tuhan melainkan Allah) [atau dibaca] Sesungguhnya berjayalah orang yang berkata : Tiada Tuhan melainkan Allah.

لا إلـه إلا الله - 100 كالي.

لا إلـه إلا الله محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم فى كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله.

Tiada Tuhan melainkan Allah - Muhammad adalah Utusan Allah (SAW). Setiap masa dan sebanyak apa yang di ketahui Allah.

(سلساي ورد دان تروس بردعاء)


0 comments: