Search This Blog





Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" (SALAMUNG QAULAM-MIRRABBIR RAHIIM) diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku... ..

AMIN.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.

Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.


Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan
memohon pertolongan- Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan
zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.



SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.


Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.


Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara
kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:



1. Meninggalkan sembahyang.


Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.


Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)


Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).



2. Melengah-lengahkan solat.


Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)


Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.


Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).



3. Meninggalkan solat berjemaah.


Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).


Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).



4. Tidak thuma'ninah dalam solat.


Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.


Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.



5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.



6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.


Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
salam kedua.



8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).


"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)



9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.



Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.



10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan.


Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."



11. Melintas di depan orang yang sedang solat.



Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).



12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.


Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.



13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.


Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
sedang duduk, sujud atau lainnya.


Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).



14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.


Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).



15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan
seperti diriwayatkan
Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.


Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.



16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.



Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).



17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.



Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati"

Banyak tertawa menjadikan hati kita semakin gelap, malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, byk ketawa mghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa terbahak-bahak, akn hilang satu pintu drpd pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suke keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana alam barzakh yg bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dasyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dlm sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada bahagia ataupun menderita. Bahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab akan berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita meghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuhi.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita diami dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu syurga dan pintu neraka. Betapa kegelapan disana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yg suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yg melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.
Nabi saw pernah bersabda:"Barangsiapa tertawa-tawa melaknat dia oleh Allah[ Al-Jabbar]. Mereka yang byk tertawa di dunia nescaya byk menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh'....jauhnya perjalanan.....sedikitnya bekalan....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yg kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam..!~

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka". Malsudnya mudah dimasukkkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yg dilarang ialah berterusan gembira dgn ketawa yg berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak".

Renung²kan lah..wahai sahabatku..