Search This Blog

*maaf jika ad kesilapan,,mgkin kesilpn dr diri sy sndri semsa mgedit*


صلاة حاجة


1- كمبارن نية :

سهاجا أكو سمبهيع سنة حاجة 2 ركعة (معيكوت إمام) كرانا الله تعالى - الله أكبر .

2- ركعة فرتاما :

- الفاتحة - سكالي

- أية كرسي - سكالي

- سورة الكافرون - 1 هيغكا 7 كالي.

( أية كرسي )

الله لا إلــه إلا الله الحى القيوم ، لا تأخذه سنة ولا نوم ، له ما فى السموات وما فى الأرض ، من ذا الذى يشفع عنده إلا بإذنه ، يعلم ما بين أيديهم وما خلفهم ولا يحيطون بشىء من علمه إلا بما شاء. وسع كرسيه السموات والأرض ولا يؤوده حفظهما، وهو العلى العظيم.

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Kekal memerintah. Dia tidak dipengaruhi mengantuk dan tidur. MilikNyalah apa yang di langit dan di bumi. Tiada siapa yang boleh memberi pertolongan melainkan dengan keizinanNya. Dia Mengetahui sesuatu yang ada di hadapan manusia dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendaki Allah memberitahunya. Luasnya Kursi (ilmu dan kekuasaan) meliputi langit dan bumi dan tiada menjadi keberatan kepada Allah untuk menjaga kedua-duanya, dan Dialah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

ركعة كدوا :

- الفاتحة – سكالي

- ءامن الرسول – هيغكا – على القوم الكافرين - سكالي.

- سورة الإخلاص – هيغكا 5 كالي.

(ءامن الرسول - على القوم الكافرين)

ءامن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل ءامن بالله وملائكته وكتبه ورسله ، لا نفرق بين أحد من رسله ، وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير.

Rasulullah beriman kepada al-Quran, dan juga orang-orang yang beriman. Semua mereka beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. Mereka berkata : Kami tidak membeza-bezakan antara seorang Rasul dengan yang lain dari Rasul-RasulNya, dan mereka berkata lagi : Kami dengar dan Kami patuh. (kami memohon) Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, kepadaMu jualah tempat kembali.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها، لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ، ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ، ربنا ولا تحمل علينا إصرا حملته على الذين من قبلنا، ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به، واعف عنا واغفرلنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya. Ia mendapat pahala dari apa yang di usahakan, dan dia juga menanggung dosa dari perbuatan jahatnya. (mereka berdoa) Tuhan, janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami terlupa atau tersalah, Wahai Tuhan, janganlah Kau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan ke atas orang-orang yang terdahulu, Wahai Tuhan kami, janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, kasihanilah kami, Kaulah penolong kami kerana itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

(al-Baqarah : 285 – 286)

3- بحاءن سلفس سلام :

- أستغفرالله الذى لا الـه الا هو الحى القيوم واتوب اليه - 3 كالي .

Aku memohon kepadaMu keampunan dosa, Tuhan yang tiada di sembah melainkan Dia Yang Maha Hidup dan sentiasa memerintah ala mini dan aku bertaubat kepadaNya.

- اللهم أنت ربى لا إلـه إلا أنت ، خلقتنى وأنا على عهدك ووعدكما استطعت ، أعوذبك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك على ، وأبوء بذنبى فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت .

Wahai tuhan, Kaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Kau. Kau ciptaku, aku hambaMu. Aku berjanji untuk mematuhiMu sekadar mampuku. Aku berlindung denganMu daripada keburukan yang aku buat. Aku mengaku di atas ni’matMu, dan aku mengaku berdosa. Oleh itu, ampunilah daku, kerana kaulah yang Mengampun dosa.

- اللهم صل صلاة كاملة ، وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد ن الذى تنحل به العقد ، وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج ، وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ، ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى ءاله وصحبه أجمعين .

Ya Allah, Rahmatilah Nabi Muhammad SAW, serta sejahterakanlah Baginda dengan sempurnanya, supaya dapat menyelesaikan kekusutan, menghilang tertunai hajat, tercapai segala kemahuan kesudahan yang baik dan dapat menurunkan hujan dengan keberkatan wajah Muhammad Yang Mulia dan juga rahmatilah serta sejahterakanlah keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

0 comments: